APA ITU PELBAGAI UPAYA?
Kepelbagaian = Pelbagai Jenis
Upaya = Kebolehan seseorang dalam melakukan sesuatu perkara.
→Menurut Khairul Yusri (2007) menyatakan bahawa perbezaan pelajar ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek pembangunan dan perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan keupayaan dalam kalangan pelajar.
→Menurut pandangan Tang (1993) menyatakan bahawa perbezaan pelajar adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
APA ITU PEMULIHAN?
- Pengajaran yang memberi tumpuan secara terus terhadap masalah yang menyebabkan ketidakupayaan pembelajaran seseorang murid yang menghalangnya berfungsi secara normal.
- Ia bukan disebabkan kecacatan tetapi disebabkan akibat dari gangguan dalam diri (psikologi).
- PROGRAM PEMULIHAN KHAS disediakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
- Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
KONSEP Pemulihan?
- Mengutamakan prinsip ‘menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik.
- Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya
- Melalui program khusus, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenalpasti dan dipenuhi.
CIRI-CIRI KANAK PEMULIHAN?
PERANAN GURU?
- Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.
- Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.
APA ITU PENGGAYAAN?
- Aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar.
- Ianya amat berlainan daripada pembelajaran kemahiran asas, mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman serta memperkembangkan kemahiran yang sedang dipelajari.
- Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar
- Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.
- Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
- Bercorak belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.
OBJEKTIF PENGGAYAAN?
- Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka.
JENIS-JENIS PENGGAYAAN?
- Pengayaan (mendatar) adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
- Pengayaan (menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
|
Pengayaan mendatar
|
Pengayaan Menegak
|
|
Dirancang
untuk kumpulan mengikut kebolehan
|
Dirancang
mengikut kumpulan yang cerdas
|
|
Kadar
kesukaran aktiviti pengayaan adalah berlainan antara individu
|
Kadar
kesukaran aktiviti pengayaan bagi murid kumpulan cerdas yang sama
|
|
Jenis
aktiviti pengayaan biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang diajar
|
Jenis
aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kertas projek, permainan,
rekreasi
|
|
Tujuan: mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan
menimbulkan minat dalam aktiviti
|
Tujuan: mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran
mencungkil bakat, kerjasama
|
|
Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan menggunakan
kemahiran yang sama
|
Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih
mencabar sedangkan kumpulan sederhana & lambat menjalankan aktiviti
pengukuhan dan aktiviti pemulihan
|
- Pelajar bermasalah pembelajaran - kesulitan dalam akademik, ketidakaturan dalam bahasa dan penuturan, kesulitan dalam proses pemikiran.
- Pelajar pintar cergas - Murid yang dikenalpasti mempunyai kebolehan dan pencapaian yang melebihi paras normal berbanding murid yang sebaya.
CIRI-CIRI PINTAR CERDAS?
APA ITU PELBAGAI KECERDASAN?
- Konsep pelbagai kecerdasan merujuk kepada pelbagai cara untuk tahu, belajar dan melahirkan apa-apa yang diketahui.
- Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.
- Memperkenalkan 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.
- Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.
JENIS-JENIS PELBAGAI KECERDASAN?
- Kecerdasan logik-matematik
- Kecerdasan verbal-linguistik
- Kecerdasan Muzik
- Kecerdasan Kinestetik Badan
- Kecerdasan Interpersonal
- Kecerdasan Intrapersonal
- Kecerdasan Ruang Visual
- Kecerdasan Naturalis
- Kecerdasan Eksistensialis
Secara kesimpulannya, pelajar-pelajar
pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan,
standard prestasi yang
realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walaubagaimanapun
kanak-kanak
pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak
normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan
social (social isolation) kepada mereka. Kesedaran sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard &
Pallay
(1982), persekitaran
yang sesuai untuk perkembangan
potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil
(10-15 murid), masa ditingkatkan
untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan peningkatan
masa pengajaran guru,
memberi tugasan yang bersesuaian
banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan