Sabtu, 8 Disember 2018

BAB 12 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT?




  • Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks.
  • Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.

BENTUK JALINAN 3 DIMENSI INTERAKSI SEKOLAH

FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN SEKOLAH
  • Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid.
  • Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat.
  • Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.
  • Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.

  • Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah.
  • Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. 
  • Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.


HUBUNGAN ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PIHAK DI LUAR SEKOLAH
  • Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat.
  • Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah.
  • Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah.
  • Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya. 




PERKONGSIAN PINTAR
Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat:
  • mencapai matlamat atau objektif yang sama
  • gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat 
  • perlu ada hubungan yang mantap dan akrab
Masyarakat juga akan memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’ dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’.


MATLAMAT PERKONGSIAN

  • Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian.
  • Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham.)
  • Memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya.


KEPENTINGAN PERKONGSIAN

  • Masyarakat dan Sekolah: Saling memerlukan
  • Sekolah sebagai agen perubahan masyarakat
  • Masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga. 
  • Budaya adalah hak masyarakat


HUBUNGAN SEKOLAH & IBUBAPA (PIBG)

  • Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
  • Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.
  • Tindakan PIBG membela nasib guru: (bersemangat dan selesa ketika bertugas).
  • Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru.
  • Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi  mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.
  • Kepakaran dan pengalaman anggota   masyarakat amatlah dialu-alukan.
  • Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar.
  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.
  • Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah
  • Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang
  • Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan.
  • Sebarang perbezaan dari segi pandangan  dan pendapat dalam kalangan kita bukanlah penghalang.
  • Menambahkan dana persatuan dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan.
  • Satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG.  
Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat  aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat 1 Malaysia. 


BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

APA ITU PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA?


  • Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002).
  • Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871).
  • Budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990).
  • Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah.
  • Budaya sekolah juga merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf dalam satu kumpulan.
  • Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat.
  • Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa hadapan mereka.
  • Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak, idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu.
  • Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal.

DEFINISI PELBAGAI BUDAYA?
  • Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. 

TEORI PELBAGAI BUDAYA?

















TEORI MELTING POT 1 : ANGLO CONFORMITY

  • Masyarakat yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan.
  • Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.
  • Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti.
  • Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi
TEORI POT 2 : ETHNIC SYNTHESIS 

  • Setiap individu dalam suatu masyarakat yang pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut.
  • Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
  • Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.
TEORI CULTURAL PLURALISM : MOSAIC ANALOGY
  • Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik.
  • Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA?


  • Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks, 1989).
  • Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang berbeza seperti agama, etnik, bahasa, dan budaya.
  • Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya.
  • Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).
  • Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.
  • Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.



3 ASPEK PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA?

  • Dari aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain.
  • Dari aspek gerakan, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar.
  • Dari aspek proses, pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.



DIMENSI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA?

  • Content integration = mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran disiplin ilmu.
  • The knowledge construction process = membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam sebuah mata pelajaran.
  • An equity pedagogy = menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari segi ras, budaya ataupun sosial.
  • Prejudice reduction = mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain.
  • An empowering school Culture and Social Structure = melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.


DASAR PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA?


PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH?

CIRI-CIRI GURU BERKESAN DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA:


Banks (1989)
  • Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang.
  • Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik yang diajar.
  • Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran.

Najeemah (2007)
  • Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
  • Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku.
  • Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.





PENGURUSAN PROGRAM PELBAGAI BUDAYA DI SEKOLAH:
  • Kelab Rukun Negara
  • Kem Perpaduan
  • Program Silang Budaya
  • Kelab Bahasa Ke3

BAB 10 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

APA ITU PELBAGAI UPAYA?


Kepelbagaian = Pelbagai Jenis
Upaya = Kebolehan seseorang dalam melakukan sesuatu perkara.

→Menurut Khairul Yusri (2007) menyatakan bahawa perbezaan pelajar ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek pembangunan dan perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan keupayaan dalam kalangan pelajar.

→Menurut pandangan Tang (1993) menyatakan bahawa perbezaan pelajar adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.  


APA ITU PEMULIHAN?
  • Pengajaran yang memberi tumpuan secara terus terhadap masalah yang menyebabkan ketidakupayaan pembelajaran seseorang murid yang menghalangnya berfungsi secara normal.
  • Ia bukan disebabkan kecacatan tetapi disebabkan akibat dari gangguan dalam diri (psikologi).
  • PROGRAM PEMULIHAN KHAS disediakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Program pemulihan merupakansatu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
  • Murid pemulihan merupakanMurid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
KONSEP Pemulihan?

  • Mengutamakan prinsipmenyelesaikan masalah seawal mungkinsupaya tidak kronik.
  • Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya
  • Melalui program khusus, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenalpasti dan dipenuhi.

CIRI-CIRI KANAK PEMULIHAN?

  • Rendah diri
  • Pasif
  • Cepat bosan
  • Malas
  • Lemah pemahaman
  • Kerap tidak hadir sekolah
  • Mengganggu rakan

PERANAN GURU?

  • Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.
  • Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid

APA ITU PENGGAYAAN?

  • Aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar.
  • Ianya amat berlainan daripada pembelajaran kemahiran asas, mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman serta memperkembangkan kemahiran yang sedang dipelajari.
  • Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar
  • Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.
  • Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
  • Bercorak  belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.

OBJEKTIF PENGGAYAAN?
  • Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka

JENIS-JENIS PENGGAYAAN?

  • Pengayaan (mendatar) adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
  • Pengayaan (menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja
Pengayaan mendatar
Pengayaan Menegak
Dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan
Dirancang mengikut kumpulan yang cerdas
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan adalah berlainan antara individu
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan bagi murid kumpulan cerdas yang sama
Jenis aktiviti pengayaan biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang diajar
Jenis aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kertas projek, permainan, rekreasi
Tujuan: mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan menimbulkan minat dalam aktiviti
Tujuan: mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran mencungkil bakat, kerjasama
Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan menggunakan kemahiran yang sama
Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana & lambat menjalankan aktiviti pengukuhan dan aktiviti pemulihan


APA ITU BERKEPERLUAN KHAS?

  • Pelajar bermasalah pembelajaran - kesulitan dalam akademik, ketidakaturan dalam bahasa dan penuturan, kesulitan dalam proses pemikiran.
  • Pelajar pintar cergas - Murid yang dikenalpasti mempunyai kebolehan dan pencapaian yang melebihi paras normal berbanding murid yang sebaya.

CIRI-CIRI PINTAR CERDAS?

  • Perbendaharaan kata yang lebih luas.
  • Mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah.
  • Keistimewaan dalam matematik.
  • Mencari kesempurnaan kendiri.
  • Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah.
  • Petah berkomunikasi.

APA ITU PELBAGAI KECERDASAN?
  • Konsep pelbagai kecerdasan merujuk kepada pelbagai cara untuk tahu, belajar dan melahirkan apa-apa yang diketahui.
  • Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.
  • Memperkenalkan  9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.
  • Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.
JENIS-JENIS PELBAGAI KECERDASAN?
  • Kecerdasan logik-matematik
  • Kecerdasan verbal-linguistik
  • Kecerdasan Muzik
  • Kecerdasan Kinestetik Badan
  • Kecerdasan Interpersonal
  • Kecerdasan Intrapersonal
  • Kecerdasan Ruang Visual
  • Kecerdasan Naturalis
  • Kecerdasan Eksistensialis
Secara kesimpulannya, pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinyaWalaubagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada merekaKesedaran sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.