Sabtu, 24 November 2018

BAB 9 : PENGURUSAN DAN PENASIHATAN (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID (Bimbingan dan Kaunseling)


l Guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting di sekolah
l Dipercayai memiliki kewibawaan yang serba boleh
l Mereka merupakan ‘arkitek’ yang mampu mengubah personaliti pelajar dan menjadikan anak didik mereka sebagai aset warisan kesinambungan bangsa.


Konsep Bimbingan
Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.

Bimbingan juga adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.

Bimbingan adalah merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.

Konsep Kaunseling
Kaunseling merupakan proses untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling amerika pula, kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembanganmanusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.


Elemen PENTING dalam Kaunseling

1. Kaunseling adalah profesion
2. Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan, personal, kerjaya dan patologi.
3. Kaunseling dijalankan ke atas individu yang normal dan yang mempunyai masalah.
4. Kaunseling dilakukan mengikut teori.
5. Proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi.
6. Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran.




Konsep Psikoterapi 

Secara tradisional psikoterapi berfokus kepada masalah serius yang berhubung dengan intrapychic, internal, isu-isu personal dan konflik.

Ciri-ciri psikoterapi secara tradisional : 
1 . Memberi penekanan kepada masa lampau.
2. Celik akal.
3. Terapi bertindak sebagai pakar.
4. Psikiatri/Psikologi menggunakanistilah psikoterapi.

Psikoterapi melibatkan pesakit yang berada di setting ( out patient and in patient ) yang melibatkan penempatan seperti hospital sakit jiwa.


Beza bimbingan dan kaunseling Bimbingan adalah membantu individu membuat pilihan menurut nilai dirinya manakal kaunseling membantu individu membuat perubahan. Di awalnya, bimbingan berlaku di sekolah iaitu guru membantu pelajarmembuat keputusan. Kini, bimbingan adalah satu bahagian dari keseluruhanperkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Definisi Kaunseling
Menurut Mizan Adillah dan Halimatun Halalilah (1995) kaunseling merupakan proses bersemuka antara kaunselor dan klien. Tujuan pertemuan adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai untuk klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya di samping mengetahui buruk baik dan halangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Justeru itu, kaunseling  diertikan sebagai  proses bantuan yang dijalankan oleh  kaunselor bagi mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien dan ia menitiberatkan faktor kerahsiaan.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN
*PERKHIDMATAN MEMBERI MAKLUMAT
*PERKHIDMATAN PENEMPATAN
*PERKHIDMATAN MENCEGAH PENYALAHGUNAAN DADAH
*PERKHIDMATAN PERUNDING DAN RUJUKAN
*PERKHIDMATAN PENYELARASAN SUMBER
*PERKHIDMATAN PERBINCANGAN DENGAN IBU BAPA
*PERKHIDMATAN PENILAIAN

Perkhidmatan Memberi Maklumat
l Mengumpul dan menyebarkan maklumat pelajaran, vokasional, latihan dan kerjaya kepada murid-murid. Ini dapat dilakukan melalui penerbitan risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, buletin dan pengendalian hari kerjaya dan pameran kerjaya.
l Menambah dan mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya, peluang-peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi

Perkhidmatan Penempatan
- Membantu murid-murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuannya.
- Penempatan pekerjaan:
     (a)  menjadi penyelaras menempatkan murid-murid mengikuti  program    pengalaman bekerja jika program seperti ini diadakan
     (b)   membantu Bahagian Pendidikan Vaksional dan Teknik dengan membekalkan data tentang murid-murid lepasan sekolah vakasional dan teknik

Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah
l Mengadakan bimbingan individu atau kelompok untuk menanam dan memupuk sikap benci akan dadah
l Memberi pertolongan kepada murid-murid untuk mendapatkan bantuan pemulihan atau rawatan
l Memberi bantuan kepada murid-murid supaya dapat menyesuaikan diri ke alam sekolah selepas tamat pemulihan
l Membuat penilaian dan memberi maklum balas kepada jabatan pendidikan negeri tentang program pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah

Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan
l Merancang bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan untuk megawasi kemajuan murid-murid
l Berunding dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan tahap prestasi khidmat bimbingan di sekolah
l Menolong pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan lebih mendalam akan program bimbingan di sekolah

Perkhidmatan Penyelarasan Sumber
l Menjadi penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kebajikan murid-murid di antara sekolah dengan agensi-agensi luar
l Menjadi penyelaras untuk kebajikan majikan, agensi-agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
l Merancang dalam menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi tertentu dalam komuniti tempatan.

Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu-Bapa
l Mengadakan hubungan dengan ibu bapa murid-murid untuk bersama mengawasi kemajuan mereka terutamanya dalam pelajaran
l Menjadi penyelaras program orientasi untuk murid-murid dan ibu bapa
l Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin di kalangan murid-murid
l Mengadakan sesi bimbingan keluarga jika didapati masalah yang dihadapi oleh murid-murid berpunca dari keluarga.

Perkhidmatan Penilaian
l Menilai model bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah
l Mengadakan program pembimbing rakan sebaya dan program latihan

JENIS-JENIS KAUNSELING
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok

Kaunseling Akademik
Menyediakan kaunseling bagi menolong murid memilih mata pelajaran sejajar dengan minat, keupayaan dan percapaian

Kaunseling Kerjaya
Menolong murid-murid menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya
Memberikan kesedaran dan ingatan kepada murid-murid bahawa perancangan kerjaya perlu dibuat daripada awal lagi.

Kaunseling Peribadi
Kefahaman kendiri, iaitu membantu murid-murid secara individu untuk memperolehi maklumat dan membentuk sikap celik akal dan nilai yang sejajar dengan kehendak-kehendak masyarakat
Menolong individu membuat keputusan yang waras serta bijaksana

Kaunseling Kelompok
Kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain.
Menurut Ohlsen M. M. (1997), pula menyatakan bahawa kaunseling  kelompok merupakan suatu perhubungan unik di mana klien berasa selamat untuk mebincang apa yang membimbangkan mereka serta untuk mengenal pasti tingkah laku baru yang diingini, mengamalkan kemahiran-kemahiran antara individu yang asas dan melakukan tingkah laku yang baru.



Tujuan KAUNSELING :

1. Menyelesaikan masalah jangka pendek
2. Mendapat celik akal
3. Tingkah laku positif
4. Mencapai kebebasan psikologi
5. Bertindak logik
6. Perkembangan optimum
7. Penyelesaian
8. Mewujudkan perhubungan sihat


Fungsi Bimbingan :
ü Memahami
ü Preventif
ü Pengembangan
ü Penyembuhan
ü Penyaluran
ü Penyesuaian
ü Penambahbaikan
ü Pemeliharaan


Fungsi kaunseling :
ü Celik akal
ü Memberi maklumat
ü Mengatasi konflik
ü Membuat keputusan
ü Memberi sokongan

Etika Kaunseling
v Satu tatasusila atau peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang kaunselor dalam memberi pertolongan kepada individu lain untuk mendapatkan kesedaran diri dan dapat bertindak balas dengan persekitarannya. Ianya juga merupakan satu peraturan yang harus dilaksanakan oleh seorang kaunselor demi menjaga hak-hak klien.
v Secara amnya etika kaunseling merangkumi 3 ciri utama :
a) Menggariskan satu bentuk peraturan kepada ahlinya untuk bertindak mengikut lunas-lunas dan peruntukan sistem yang dibenarkan
b) Satu manual kerja atau prosedur tugas yang memberikan penerangan ringkas berkaitan proses tingkah laku yang perlu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya.
c) Mengandungi nilai-nilai murni didalamnya dimana ia bermaksud segala peraturan yang diperoleh adalah untuk memberikan kebaikan dan keadilan yang maksimum kepada kaunselor dan klien (Nordin,2000).




KOD TATA LAKU KAUNSELOR

l kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti dan integriti profesion kaunseling.
l kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
l kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.
l kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang di persekitarannya.
l kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
l mengutamakan keperluan klien daripada keperluan kaunselor sendiri
l kaunselor hendaklah diawasi dan dinilai tugas kaunselingnya oleh lembaga kaunselor melalui penyelian lazim dan sokongan perunding.

BAB 8 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


Masalah buli di sekolah bukanlah isu baru di negara kita malah di seluruh dunia. Mengikut Deklarasi Kandersteg yang ditandatangani di Switzerland pada 2007, dianggarkan terdapat kira-kira 200 juta murid sekolah di seluruh dunia menjadi mangsa buli atau dera oleh rakan sebaya. Kajian buli di Malaysia telah dirintis oleh Dr. Noran Fauziah Yaakub yang telah membuat kajian menyeluruh di sekolah-sekolah di Malaysia untuk melihat hingga ke akar umbi punca dan kesan masalah buli ini.


DEFINISI BULI
Perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.

Maksud lain: tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.


Menurut Profesor Ken Rigby (2008), buli adalah "sebuah hasrat untuk menyakiti. Hasrat ini diperlihatkan ke dalam aksi menyebabkan seseorang menderita. Dilakukan secara langsung sama ada individu mahupun secara berkelompok dan dilakukan secara senang(sengaja)"

JENIS-JENIS BULI
Buli Fizikal
Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. Paling ganas boleh menyebabkan kematian.

Buli Mental
Lebih kepada ejek-mengejek. Jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli. Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI GEJALA BULI

a)Pihak pentadbir sekolah dan guru sedar dan ambil tindakan segera
Buat laporan jika berlaku gejala buli supaya insiden dapat direkodkan.
Tidak sembunyikan kes buli yang berlaku.

b)Peranan Pelajar
Memilih rakan yang baik akhlaknya.
Diberi kesedaran tentang ciri-ciri rakan yang baik.
Tidak bergaul dengan rakan yang mempunyai masalah disiplin.

c) Mengadakan sesi kaunseling
tertumpu kepada pelajar bermasalah.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
Bantuan emosi awal kepada mangsa buli.

d) Hukuman yang setimpal dikenakan kepada pembuli
Digantung sekolah.
Diberi sesi kaunseling sehingga menimbulkan kesedaran.
Dihantar ke sekolah Juvana jika melibatkan kematian.


Peranan Media Massa
Merupakan cara yang berkesan untuk mendidik manusia /  berupaya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran manusia
Iklan-iklan yang dipertontonkan  juga haruslah mempunyai moral yang tinggi.
Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat              daripada tontonan umum.
Media juga perlu memaparkan  filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buli.

Peranan Kerajaan
Kempen kesedaran
menganjurkan program-program kesedaran kepada kelompok-kelompok tertentu seperti ibu bapa, golongan pendidik dan remaja secara berterusan dan bukannya bermusim bagaikan hangat-hangat tahi ayam (U) – contoh kempen kesedaran – ‘Katakan Tak kepada Buli’ atau ‘Benci Buli, Rakyat Maju’
Memberikan kesedaran secara berterusan – mangsa buli dapat mengambil langkah-langkah yang proaktif dan drastik dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa.



Peranan Ibubapa
Pendidikan anak-anak sepatutnya dimulakan dari dalam rumah. Ia sepatutnya bermula dengan pentarbiahan jiwa anak-anak.
Golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.
Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna.
Pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah
Contoh: Bapa pelajar berkenaan berinisiatif untuk membuat pertemuan dengan ibu bapa atau penjaga lain yang terlibat dan berbincang  untuk mencari penyelesaian terbaik kepada semua pihak yang terlibat

Peranan Masyarakat
Sikap ambil berat
Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
Mencegah bila berlaku di depan mata
Hilangkan sikap mementingkan diri sendiri


 

Kesan Masalah Buli 
Terhadap Masyarakat

Gangguan Emosi

  • Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri.
  • Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah gagal mengambil tindakan intervensi.

Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan keluarga.
Malah kajian menunjukkan ada murid menjadi pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa dan menjadi seorang pendera terhadap isteri, perogol, dan perompak.

Kecederaan Fizikal
Perlakuan buli terdiri daripada 2 jenis iaitu buli fizikal dan buli mental. Buli fizikal merupakan buli yang boleh mengakibatkan kecederaan fizikal seperti pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak teranjang yang boleh mengakibatkan kecederaan.
Selain itu, buli fizikal juga boleh mengakibatkan kematian.


Hilang Keyakinan Diri
- Perbuatan buli ini akan memberi kesan sama ada kepada pembuli ataupun mangsa buli. Kesan luaran yang paling ketara yang akan dialami oleh pembuli ialah pembuli akan mempunyai rekod yang buruk di sekolah dan akan menjejaskan kehidupannya setelah meningkat dewasa.
- Mangsa buli juga akan mengalami kesan dalaman iaitu masalah psikilogi. Mereka akan hilang keyakinan diri serta tiada matlamat hidup dan mereka juga akan berasa takut untuk hadir ke sekolah.
- Selain itu, ada di antara mereka yang akan mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna lagi.

Kesan Negatif Terhadap Pembangunan Negara
ü Melahirkan generasi yang memiliki sifat-sifat ganas dan kehilangan rasa perikemanusiaan lalu cenderung menindas orang lain sehingga terbawa-bawa ke peringkat umur yang akan datang.
ü Kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara terjejas bukanya dari anasir luar tetapi dari generasi sendiri yang bakal menggantikan pucuk pimpinan akan datang.
ü Perbuatan buli memberi kesan kepada Negara.Kerancakan pembangunan Negara akan terbantut dan ekonomi sukar berkembang akibat masalah yang berlaku.Banyak wang akan dikeluarkan oleh kerajaan melalui kempen pembentukan sasiah pelajar.Modal yang diperuntukkan terlalu besar,jadi Negara menjadi mundur.

Ahad, 4 November 2018

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER

PENGURUSAN SUMBER


Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat.
Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya.
OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.

Definisi Pengurusan Sumber

Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.
Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.

Pengurusan

Pengurusan ialah melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

Proses  perancangan - sesebuah organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepada tujuan dan objektif yang telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program.
Penyusunan - melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi.
Pengarahan - dilaksanakan untuk memastikan semua aktiviti organisasi berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana harmoni.
Pengawalan - membabit beberapa perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil kira.


Sumber

- Sumber merupakan bahan-bahan yang digunakan manusia yang terdapat disekeliling kita. Sumber juga merupakan satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan  dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi kepada 3 iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.

- Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara yang merupakan asas kepada sumber sekunder atau tertier. contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding.

- Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melelui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari.
Sumber tertier dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga laman web.


Kepentingan Sumber

1. Media komunikasi
ü Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat
ü Disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video
ü Guru sebagai pengirim dan murid sebagai penerima

2. Sebagai ransangan
ü Murid lebih minat belajar
ü Bahan sebagai ransangan utama murid
ü Memahami sesuatu dengan lebih mendalam
ü Tumpuan murid lebih kepada perkara-perkara yang menarik bermaknsa dan penting

3. Penjelasan makna dan konsep
ü Dapat menjelaskan makna dan konsep menggunakan sumber
ü Boleh diguna diluar dan di dalam bilik darjah
ü Seperti siaran langsung atau rakaman-rakaman peristiwa sebenar spt radio dan televisyen
ü Mengembangkan corak pemikiran murid

4. Penggerak penggunaan pelbagai media
ü Melibatkan pelbagai deria iaitu deria rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau
ü Guru perlu menggunakan pelbagai sumber dan bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan
ü Deria lebih banyak digunakan dalam aktiviti pembelajaran

5. Sumber pengalaman
ü Memberi pengalaman langsung dan tidak langsung
ü Pengalaman memberi kesan mendalam terhadap proses pembelajaran murid.
ü Lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri berbanding maklumat yg diperoleh
ü Untuk memastikan apa yg diajar kekal lama dalam ingatan murid

JENIS-JENIS SUMBER YANG DIFOKUSKAN:

Pusat Sumber Pertama:

⇨Perpustakaan

Konsep Pusat Sumber
Ø Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan suber – sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar.
Ø Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital.
Ø Pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Objektik pusat sumber
1. Mengumpul, menyusun, menyimpan dan mengedarkan pelbagai ilmu dan sumber .
2. Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar mereka.
3. Melatih para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan, dan menggunakan peralatan.
4. Memberi pelbagai jenis kemudahan kepada guru dan pelajar untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5. Menyebar maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan


FUNGSI PUSAT SUMBER

Ø Menyediakan dan mempromosi bahan bacaan dan sumber yang berkualiti.
Ø Berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan kurikulum dan kokurikulum institusi pendidikan.
Ø Sebagai pusat interaksi di antara guru dan pelajar – pelajarnya.
Ø Sebagai tempat penerangan, penyebaran maklumat serta sumber dan tempat untuk memperolehi alat dan bahan pelajaran dan pengajaran.
Ø Menganjurkan aktiviti galakkan membaca, pameran, pertandingan akademik dan sebagainya.


Pusat Sumber Kedua:



Makmal Sains

Definisi : Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untu pengajaran pembelajaran amali sains
Dibina dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen sains di bawah keadaan yang terkawal
Melalui aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal sains, pelajar dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran sains dengan lebih berkesan


Kepentingan Makmal Sains

♥ Memastikan p&p mata pelajaran sains lebih efektif kerana sesuatu konsep itu akan lebih mudah difahami dengan ‘membuat’ bukan setakat mendengar
♥ Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains serta kemahiran manipulatif
♥ Membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan berkesan, dengan menyediakan tempat yang sesuai
♥ Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
♥ Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan

ASPEK UTAMA DALAM PENGURUSAN MAKMAL SAINS

♥ Keceriaan makmal sains
♥ Penggunaan dan penyimpanan peralatan dan bahan
♥ Keselamatan makmal sains


TINDAKAN GURU SAINS SEMASA KEMALANGAN BERLAKU DALAM MAKMAL SAINS

♥ Mengenalpasti jenis kemalangan yang berlaku
♥ Jika di luar kemampuan diri dalam menyelamat mangsa, eloklah meminta orang lain yang berpengalaman
♥ Jika kecederaan teruk, minta ketua darjah laporkan kepada pihak pentadbir sekolah
♥ Bagi kemalangan besar, hubungi ambulans dan bantuan doktor perubatan dengan segera
♥ Memberitahu ibu bapa pelajar yang berkenaan
♥ Guru harus merekod dan melaporkannya kepada pihak pentadbir sekolah


Pusat Sumber Ketiga:



Makmal Komputer

1. Makmal komputer merupakan salah sebuah tempat di mana di dalamnya mempunyai beberapa buah komputer untuk kegunaan pelajar.
2. Makmal komputer juga disediakan untuk pelajar-pelajar zaman sekarang ini mengenal tentang peralatan komputer serta kegunaannya.
3. Didalam makmal komputer tersebut pula terdapat rangkaian lain untuk pelajar-pelajar melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

1. Pengurusan Makmal Komputer

- Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.

2. Peraturan Makmal Komputer

- Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
- Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
- Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
- Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
- Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.

3. Senarai Keselamatan Pengguna

- Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem diletak di tempat yang sesuai dan 
   mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti
- Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk 
   tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
- Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dan 
   jauh daripada laluan pengguna.
- Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata 
   pengguna.
- Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari mata.
- Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat kehijauan di
  luar untuk melegakan pandangan mata.

4. Aspek Keselamatan Perkakasan

- Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal tanpa kebenaran.
- Jika terdengar bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang bersambung ke komputer itu.
- Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya.